Wednesday 23 May 2012

Bersendirian

Dalam tempoh beberapa bulan, hidup berubah dengan drastik sekali. Bermula dengan putus cinta di bulan Disember, kemudian atok meninggal pada bulan Mac, dan dipindahkan ke tanah kelahiran pada bulan yang sama. Alhamdulillah segala2nya berjalan dengan lancar kini. Walaupun kembali sendiri tapi segala-galanya adalah kurniaan ALLAH swt. Segala perancanganNYA sempurna. Bukan untuk menyusahkan malahan untuk melengkapkan kitaran hidup. Benarlah.. hidup ini tidak selalu indah. Kadang kita di bawah kadang kita di atas.

Aku redha bila kehilangan cinta sekelip mata tanpa sebarang penjelasan. Biarlah dia bahagia bersama kehidupan barunya. Semoga dia sentiasa tenang setelah apa yang dia lakukan kepada aku. Aku tidak akan berpaling padanya semula. Luka yang ditinggalkan hanya Tuhan yang tahu betapa sakit dan tersiksanya aku pada saat itu. Semoga hati ini dapat memaafkan dia dengan ikhlas...

No comments:

Post a Comment